PART 1 - PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA KE SARJANA MUDA UITM
Salam/ Hi, post kali ni berkaitan dgn cara mohon penerapan Uitm khususnya untuk student semester akhir diploma. Harap dpt la memberi pencerahan sikit untuk hampa apply penerapan. Btw ada beza ya antara lepasan diploma dgn pelajar semester akhir.
Lepasan diploma tu pelajar yg sudah tamat pengajian, so tak boleh apply penerapan. Penerapan hanya boleh dimohon oleh pelajar semester akhir diploma/ yg belum tamat pengajian. Basically hampa akan masuk degree sesi 2/ ambilan Mac, literally lepas tamat semester akhir diploma. Dan bukannya masuk sesi 1/ ambilan Oktober.
TAPI certain program macam optometri, dietetik, fisiologi etc hanya untuk ambilan sesi 1/ ambilan Oktober SAHAJA. Dgn kata lain kena mohon melalui UPU, hampa akan masuk degree sekali dgn lepasan matriks, asasi, STPM.
Selalunya program under FSK - Fakulti Sains Kesihatan dan program degree MBBS, BDS, Pharmacy semua ni hanya dibuka permohonan untuk sesi 1 SAHAJA.
Jadi, jgn hairan kenapa bila nk mohon penerapan program ii ni tak ada sebagai pilihan. Selain program ii ni, semua program lain dibuka untuk dimohon dgn SYARAT. Sama ada syarat khas macam degree akaun kena ada subjek SPM seperti akaun/ perniagaan ataupun kena lepas Medsi dan temuduga untuk yg mohon degree pendidikan.
*Alert dgn tarikh buka/ tutup permohonan penerapan sbb dia akan bagi masa lebih kurang sebulan untuk settle semua benda berkaitan permohonan, dari beli no pin, isi permohonan sampailah submit permohonan. Nk senang, hampa follow lah TikTok Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) Uitm senang yall dpt info.
BPP Uitm: https://www.tiktok.com/@bppuitm?_t=ZS-8u1fPfKJOp6&_r=1
Without further ado, tujuan aku tulis blog ni sebagai guide ataupun untuk membantu hampa mohon penerapan.
1. Beli no pin BSN *JGN SALAH BELI
(Program 7 - Penerapan Asasi Undang ii Uitm & Penerapan Diploma ke Sarjana Muda)
Saya beli no pin BSN kat cawangan BSN. Tapi ada ja cara lain macam kalau hampa ada akaun/ kad BSN boleh terus beli kat apps bank atau beli kat ATM BSN. Kalau ikut cara saya, kena ke kaunter ambik number giliran macam biasa lepas tu habaq kat teller nk beli no pin uitm PROGRAM 7. Ingat, jgn salah beli kalau tak, tak valid. Pastu bawak IC sekali ya.
Harga RM 10 tapi maybe harga ni berubah. FYI, kena bayar cash ya, tak leh bayar guna QR atau kad debit/ kredit, just a head up. Sbb pi beli tak bawak cash, mujur ada member tolong bayarkan HAHAHA. So lepas dah sign apa semua, dah bayar, teller akan bagi CUSTOMER COPY resit, SIMPAN sbb ada no slip aka macam password la untuk yall access permohonan penerapan.
Ulasan
Catat Ulasan